Monday, 14 August 2017

Al-Manna Arabic Gum Ameer Prebiotik Semula Jadi

Al-Manna Arabic Gum Ameer Prebiotik Semula Jadi 

Getah Pokok Akasia Senegal (Gum Arabic) di Sudan Juga Dikenali Gam Arab, Gula Mentah dan Al-Manna

Al-Manna Ameer dikenali juga sebagai ‘Serbuk Al-Manna (Ameer)’ merupakan getah pokok akasia dari jenis senegal (akasia senegal) atau acacia senegal. Bangsa Eropah menyebut Gum Arabic merujuk kepada al-manna. Gula mentah yang keluar dari dahan dan batang pokok akasia ini diakui mengandungi sumber prebiotik semula jadi terbaik dan paling tinggi kalsium serta mineral untuk manfaat kesihatan.
Al-Manna Ameer adalah nama yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia dalam kategori produk pemakanan sihat atau supplement. Al-manna diketahui umum sebagai serbuk gam arab atau gum arabic. Manakala Ameer (Ameer Al-Manna SDN. BHD.) pula adalah syarikat yang mengeluarkan gum arabic al-manna melalui proses bungkusan semula getah arab yang diambil (berasal) dari negara Sudan.
Serbuk Al-Manna Ameer dari gred terbaik didatangkan secara ekslusif dari negara Sudan untuk digunakan sebagai minuman kesihatan dan juga ikhtiar sebagai penawar pelbagai masalah kesihatan. Gum arabic al-manna ini adalah 100% asli dan halal. Ia tidak melalui proses tertentu yang melibatkan penggunaan bahan kimia dan pengawet. Serbuk gum arabic Al-Manna Ameer hanya melalui proses bungkusan semula atau packaging.
Gum arabic Al-Manna Ameer boleh dimanfaatkan semua peringkat usia. Menampilkan teknologi ziplock pada bungkusan 150 gram ini memudahkan lagi penyediaan sebelum dan selepas minum. Serbuk Al-Manna Ameer adalah lebih halus berbanding sesetengah serbuk al-manna lain dengan mengambil masa selama 7 saat untuk larut selepas bancuhan.
Terdapat dua jenis tanaman utama pokok akasia yang dimanfaatkan untuk tujuan kesihatan dan sebagainya iaitu akasia senegal dan akasia senyal. Pokok akasia terbaik yang mempunyai manfaat yang lebih banyak ialah pokok akasia dar jenis senegal. Akasia jenis senyal juga mempunyai khasiat tersendiri untuk dimanfaatkan.
Akasia senegal dalam bahasa arab dipanggil ‘hashaba’, manakala akasia senyal dipanggil ‘talha’. Bangsa Eropah memanggil akasia sebagai ‘gum arabic’. Bangsa Arab memanggilnya sebagai ‘somghu’ atau ‘somghu al-arabi’. Namun penduduk negara Sudan lebih gemar memanggilnya sebagai ‘al-manna’.
Gelaran al-manna ini terus berkembang di Tanah Arab dan kini semakin ramai memanggil acacia / gum arabic sebagai al-manna bermula dari Afrika – Timur Tengah dan kini Asia.

Al-Manna/ Getah Arab  (Gum Arabic) Bukan Al-Laban/ Kemenyan (Frankincense)

Timbul kekeliruan di kalangan masyarakat khususnya di Malaysia apabila ada yang menganggap getah arab al-manna sebagai kemenyan al-laban. Sebenarnya kedua-dua tumbuhan ini adalah dari spesis yang berlainan.
Getah arab al-manna merujuk kepada spesis pokok acacia, sementara kemenyan al-laban merujuk kepada spesis pokok boswellia. Rupa bentuk getah pokok acacia dan boswellia hampir sama.
Perbezaan getah arab acacia dan getah arab boswellia ialah dari segi kandungan mineral. Gum arabic al-manna lebih tinggi kandungan prebiotik dan sememangnya terkenal sebagai tumbuhan paling tinggi sumber prebiotik. Berbeza dengan gum arabic frankincence (al-laban) lebih dikenali sebagai makanan minda dan boleh dikunyah begitu sahaja.
Gum arabic al-manna acacia tidak boleh dikunyah kerana ia keras seperti batu kristal (hanya boleh dikunyah semasa di awal pengeluarannya di pokok). Gum arabic acacia perlu direndam atau diproses menjadi serbuk sepertimana serbuk Al-Manna Ameer.
Gum arabic frankincence (al-laban) lebih lembut dan kenyal seperti getah. Warnanya pula lebih putih berbanding gum arabic acacia yang berwarna seperti batu kristal.
Bangsa Eropah juga memanggil kemenyan (al-laban) ini sebagai gum arabic atau gum arabic frankincence atau frankincence. Ekoran itu timbul kekeliruan di kalangan masyarakat dengan menganggap gum arabic al-manna adalah sama dengan gum arabic al-laban (kemenyan).
Namun dari sudut penulisan, saintis Eropah menggunakan perkataan gum arabic merujuk kepada acacia. Manakala untuk merujuk kepada kemenyan / al-laban mereka menggunakan perkataan frankincence dalam penulisan.

Gum Arabic Al-Manna Ameer Di Malaysia Dan Brunei Darussalam

Rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta Brunei Darussalam mengenali al-manna ini sebagai gum arabic, getah arab, getah arab Sudan, susu getah, gam arab, gam akasia, akasia dan gula mentah. Selain itu, ramai yang memanggilnya sebagai serbuk prebiotik, serbuk kalsium, serbuk fiber, serbuk garam galian, serbuk mineral dan suplemen.
Kerabat pengguna gum arabic Al-Manna Ameer bermula dengan inisiatif untuk mencuba sendiri sejauh mana manfaat dan faedah kesihatan yang boleh diperolehi dari amalan pemakanan prebiotik semula jadi ini.
Hasilnya pengguna dapat merasakan perubahan pada diri dan keadaan kesihatan bertambah baik. Membawa kepada perkongsian kebaikan yang terdapat pada getah akasia membuka peluang untuk pengguna yang asalnya hanya untuk mencuba kegunaan sendiri akhirnya menjadi salah satu sumber perniagaan yang dapat menjana  pendapatan tambahan.
Gum arabic al-manna ini adalah cairan getah yang keluar dari dahan dan batang pokok akasia. Getah pokok akasia ini akan mengeras dalam beberapa tempoh masa. Pekerja di ladang tumbuhan akasia di negara Sudan melakukan sedikit goresan atau menebuk pada dahan dan batang pokok untuk mendapatkan getah akasia.
Getah pokok akasia yang telah melalui beberapa tempoh masa akan membeku dan menjadi ketulan seperti batu kristal. Rupa bentuk getah akasia ini asalnya dari ketulan (rupa cairan hanya diperingkat awal pengeluaran).
Ketulan getah akasia ini diproses menjadi serbuk yang lebih halus untuk memudahkan penyediaan pengguna dengan lebih segera. Berbanding penyediaan getah akasia dalam bentuk ketulan, ia memerlukan tempoh masa sekurang-kurangnya semalaman (direndam dalam air).





                                 Khasiat Serbuk Gum Arabic Al-Manna Ameer

Kajian Dan Manfaat Gum Arabic Al-Manna Ameer

Gum arabic al-manna telah lama melalui kajian dan penyelidikan di nagara Eropah, Barat dan Timur Tengah. Manfaat gula mentah akasia ini menjadi rujukan para sarjana dan saintis dalam usaha mencari formula untuk membantu mengatasi masalah yang melibatkan kesihatan.
Kajian yang dibuat bukan hanya dalam bilik makmal, bahkan manfaat dan keberkesanan gum arabic al-manna turut dibincangkan secara ilmiah di dewan kuliah universiti khususnya di Arab Saudi.
Malaysia tidak melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan pakar luar negara dalam penyelidikan gum arabic apabila pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sendiri menjadi tuan rumah dalam segmen kajian ini melibatkan profesor anak tempatan yang berjaya menjadikan gum arabic sebagai produk untuk kegunaan sebagai amalan pemakanan sihat rakyat Malaysia.
Al-Manna Ameer mengambil peluang untuk sama-sama berkongsi manfaat dan kebaikan prebiotik semula jadi gum arabic al-manna dengan mendapatkan getah arab Sudan yang asli dan melalui proses tapisan dan kisaran yang lebih halus untuk memudahkan pengguna memanfaatkannya dalam bentuk minuman.
Serbuk gum arabic Al-Manna Ameer tiada kesan sampingan kerana ia adalah gula mentah semula jadi yang dihasilkan dari pokok akasia senegal. Getah arab Sudan ini bukan dari jenis ubat-ubatan samada herba, tradisional dan moden. Gum arabic al-manna hanya getah yang dihasilkan secara semula jadi yang menyediakan serat dan mineral yang sangat tinggi seperti kalsium dan garam galian.
Gum arabic Al-Manna Ameer adalah gam arab yang didatangkan khas dari negara Sudan. Sebagaimana bungkusan kurma yang datang dari negara seperti Tunisia dan lain-lain. Gum arabic Al-Manna Ameer tidak melalui proses kimia melainkan proses dari ketulan ke bentuk serbuk halus.
Serbuk getah arab Al-Manna Ameer juga hanya sekadar suplemen dan bukan kegunaan untuk merawat penyakit. Manfaat yang terdapat pada gum arabic akasia senegal ini Insya-Allah dapat membantu kesihatan ke arah yang lebih baik.
Bagaimana Untuk Mendapatkan Serbuk Gum Arabic Al-Manna Ameer?
Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 017-9091920 (Zulbahari) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan Serbuk Al-Manna Ameer (RM30/150gram) semenanjung dan (RM35) sabah/ sarawak. Penghantaran produk Gum Arabic Al-Manna Ameer/ Getah Arab/ Gam Arab/ Akasia/ Acacia melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu, Bachok, Pengkalan Chepa,Kubang Kerian dan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment